Translate

Gunakan Browser Firefox Dan Google Chrome Untuk Pelayaran Yang Stabil | Sebarang Pertanyaan Dan Cadangan, Tinggalkan Pesanan Dan Komen Anda Di Kotak Yang Disediakan Di Bawah | Uji Kelajuan Internet Anda Klik Disini | Tekan F11 Untuk Fullscreen Dan F5 Untuk Refresh | Terima Kasih Kerana Melayari Laman Putera Perlis |

Taman Negeri Perlis









Gua Kelam


Pengenalan Gua Kelam

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Setul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008 di bawah Seksyen 10(1)Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1987. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit sejauh 500 meter.

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mendapat peruntukan sebanyak RM 9 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan (RMKe-8) dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk membangunkan kawasan Gua Kelam dan menjadikannya sebagai Muzium Semulajadi untuk aktiviti pembelajaran. Operasi Gua Kelam bermula pada pertengahan tahun 2007 dan dibuka sepenuhnya kepada umum pada 1 Januari 2008.

Gua Kelam terkenal kepada umum bermula dengan penemuan bijih timah bermutu tinggi di dalam gua oleh pelombong-pelombong cina di pertengahan abad yang lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Pelombong-pelombong terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.

Pengurusan Gua Kelam telah diletakkan dibawah Unit Taman Negeri ,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan beroperasi pada hari Selasa sehingga hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pada hari Isnin pula operasi Gua Kelam ditutup bagi menjalankan kerja-kerja penyelengaraan di dalam bangunan dan sekitar kawasan. Seramai 8 orang pekerja telah ditugaskan disini bagi memastikan perjalanan Gua Kelam berjalan lancar.

Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini semakin kerap dilawati oleh pelancong dalam dan luar negerayang tertarik dengan sejarah perlombongan dalam gua dan masih terpelihara. Sejumlah lebih 3000 pelawat telah dicatatkan hanya dalam masa dua bulan iaitu antara bulan Febuari dan Mac 2008. Sebagai tambahan, Gua Kelam menerima kehadiran 20 kumpulan pelawat daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke institut pengajian tinggi.

Para pelawat yang ingin ke sini boleh memandu kenderaan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan teksi dan bas dari Kangar terus ke Gua Kelam yang mengambil masa selama 30 minit. Kadar bayaran yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan dan murah.



Tarikan yang terdapat di Gua Kelam

Terdapat pelbagai tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah.

Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini.

Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini.

Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang.


Kadar BayaranPenggunaan Kemudahan/Perkhidmatan/Aktiviti Gua Kelam

1) Bayaran masuk dewasa RM 2
2) Bayaran masuk kanak-kanak (bawah 18 tahun) RM 1
3) Bayaran berkhemah seorang sehari (dewasa) RM 2
4) Bayaran berkhemah seorang sehari (kanak-kanak) RM 1
5) Kamera (seunit) RM 5
6) Perakam Video (seunit) RM 10
7) Membuat filem komersial/dokumentari (setiap sesi) RM 200
8) Permit penyelidikan RM 50
9) Dobi setiap khemah RM 6
10) Sewa kawasan setiap khemah bagi satu malam RM 10
11) Juru pandu(10 pelawat setiap juru pandu)-Gua Kelam
kurang 4 jam RM 40
12) Juru Pandu (Bermalam) RM 20
13) Pengangkutan barang (setiap hari tetapi tidak bermalam) RM 40
14) Dewan Tertutup (setiap jam) RM 30
15) Keretapi (dewasa) RM 5
16) Keretapi (kanak-kanak bawah 18 tahun) RM 3


Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km 2 Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 04 - 9765 966
Faks : 04 - 9767 901



Denai Warisan Tok Jaafar

Ianya merupakan laluan pejalan kaki yang pernah menghubungi komuniti di Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit. Laluan ini amat bernilai dari sudut sejarah dan tumbuhan.


Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km 2 Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 04 - 9765 966
Faks : 04 - 9767 901







Gua Wang Burma


TAMAN Negari Perlis (TNP) yang meliputi kawasan seluas 5,000 hektar di sempadan Perlis-Thailand, mempunyai pelbagai fauna dan flora serta hidupan liar yang sukar ditemui selain sebagai destinasi pelancongan.

Dipisahkan Banjaran Nakawan sepanjang 36 kilometer dari Thailand, ia terletak di Hutan Simpan Mata Ayer serta Wang Mu yang kaya dengan tumbuhan semula jadi.


UNIK...pembentukan stalagmit dan stalaktit yang mengambil masa ratusan juta tahun cukup mengujakan.


BERAIR...ruang bawah gua yang berair memberikan kelainan dalam penerokaan pengunjung.


TAJAM...pembentukan batu kapur yang tajam memberi kelainan.


GELAP...penggunaan lampu suluh amat diperlukan ketika meneroka kawasan yang agak gelap.


TERUJA...keletihan mendaki bukit yang agak mencanak hilang seketika ketika sampai di pintu gua.


BERPACAT...walaupun laluan nampak kering, pacat tetap setia menanti mangsanya.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak, gemar menghayati formasi dan keunikan sesebuah gua, Perlis adalah antara destinasi yang sesuai.

Walaupun Perlis mempu?nyai kira-kira 100 gua, hanya beberapa gua dibuka kepada umum, antaranya Gua Kelam 1, Gua Kelam 2, Gua Wang Burma, Gua Cendrawasi (Gua Sami), Gua Bukit Jernih, Gua Wang Mu.




Gua Wang Burma setinggi 500 meter dari aras laut cukup luas dan belum sepenuhnya diterokai manusia.

Ia juga adalah gua semula jadi yang mempunyai sistem air bawah tanah dan pembentukan batu kapur yang menarik seperti stalagmit, stalaktit dan mutiara gua yang unik.

Bagaimanapun, untuk sampai ke Gua Wang Burma, pengunjung perlu meredah hutan kira-kira 30 minit dari tapak perkhemahan Taman Negeri Perlis.

Dibantu Pemandu Pelancong dari Ron Advanture, Rohani Rahmani atau lebih ‘glamor’ di panggil Abang Ron, kami memulakan pengembaraan meneroka gua itu.

Gua itu terbahagi kepada dua iaitu ruang basah atau tingkat bawah (kawasan aliran air) dan ruang atas yang kering.

Di sepanjang perjalanan, pengunjung disajikan keindahan flora dan fauna menarik kerana ia adalah hutan simpan yang didominasi batu kapur.

Penerokaan gua itu memang mencabar tetapi ia menyeronokkan kerana seawal mendaki bukit ke gua itu, kami menjadi habuan pacat.

Memasuki gua mengikut arah aliran air, pengunjung akan menjumpai pelbagai rupa bentuk batu kapur yang terhasil akibat hakisan air dan angin.

Antara keunikannya ialah stalaktit panjang atau dikenali batu berjuntai.

Melihat keunikan stalaktit yang terbentuk ratusan juta tahun lalu, hati terasa puas dan kepenatan hilang apabila mendaki bukit selama 30 minit itu.

Penerokaan di tingkat atas gua memerlukan pengunjung merangkak di celah batu yang antaranya serendah satu meter serta perlu meloloskan diri di lubang kecil ke bahagian kubah.

Selain melihat bentuk stalagmit, stalaktit, kolum, pillar, scallop dan mutiara gua yang mempesona di bahagian tingkat atas, terdapat juga hidupan seperti kala jengking atau ‘white scorpion’, katak puru gergasi dan ular laju gua yang tidak berbisa dan hanya tinggal di dalam gua.

Dalam perjalanan keluar, pengunjung perlu melalui tingkat bawah yang basah selain meranduk air, merangkak dan berjalan itik di dalam gelap.

Selepas meredah anak sungai yang cukup meme?natkan, kami dibawa berehat di kawasan tempat air bertakung. Ia terletak di kawasan pasir yang putih seperti di tepi pantai.

Selepas lebih kurang dua jam meneroka gua yang serba unik itu akhirnya penjelajahan yang cukup bermakna itu berakhir de?ngan kepuasan.

Bagi yang pertama kali meneroka gua, pengalaman meneroka Gua Wang Burma adalah kenangan terindah yang kekal dalam memori.



INFO:


Gua Wang Burma terletak di dalam Taman Negeri Perlis, Wang Kelian.

Taman Negeri Perlis hanya dipisahkan oleh Banjaran Nakawan sepanjang 36 kilometer dari Thailand.

Perlis mempunyai lebih kurang 100 gua namun ia tidak dibuka kepada umum.

Gua Wang Burma terletak pada ketinggian lebih kurang 500 meter dari paras laut sama seperti Gua Kelam.




Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km 2 Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 04 - 9765 966
Faks : 04 - 9767 901










Gunung Perlis

Selamat datang ke Gunung Perlis, Taman Negeri Perlis
Koordinat RSO batu 8C
Utara: 744-621-071 Meter
Timur: 247-448.030 Meter
Ketinggian : 732.711 meter a.p.l
Kedudukan: Kompartmen 4, Hutan Simpan Kekal Mata Ayer
Masa perjalanan pergi dan balik : 3 - 4 Jam
Jenis hutan: Hutan Meranti Putih-Gerutu (Hutan separa daun luruh)
Hidupan liar: Kijang, Kucing Keemasan dan Harimau Dahan
Keterangan:
Gunung Perlis merupakan puncak yang tertinggi di dalam Taman Negeri Perlis dengan ketinggian 732.711 meter dari aras paras laut. Terdapat sebuah batu tanda sempadan 8C yang menandakan kemuncak dan titik paling utara dalam Semenanjung Malaysia.
Laluan sepanjang ke Gunung Perlis ini mengandungi tiga peringkat dan mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan pergi dan balik. Laluan peringkat pertama adalah ”Mica Trail” iaitu satu campuran keras yang mendedahkan batu tongkol granit dengan warna yang lembut. Rupabentuk laluan ini adalah bercerun landai dan mempunyai sebatang anak sungai. Tumbuhan di sepanjang laluan ini berbagai-bagai antaranya pertumbuhan sekunder di penuhi oleh pokok buluh dan hutan yang lebih bersih dengan pokok-pokok yang besar.
Pada peringkat kedua, laluan sepanjang permatang yang mengambil masa 2 jam perjalanan dan merupakan sempadan antarabangsa dengan Thailand. Laluan ini akan membawa pengunjung ke sebuah batu tanda sempadan 8C. Tumbuhan di sini adalah jenis screwpine, pokok sitrus, paku gajah, palma kipas, paku pakis dan orkid.
Seterusnya kembali ke tapak perkhemahan melalui laluan Gunung Perlis yang mencabar. Pengunjung perlu melalui satu cerun yang sangat curam dan becak yang mengambil masa kira-kira 1 jam. Populasi tumbuhan di kawasan ini adalah jenis herba termasuk begonias dan generiads. Terdapat dua batang anak sungai di kawasan rehat di laluan ini.
Panduan ke Gunung Perlis
Pendaki yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan mendaki Gunung Perlis.
Pihak jabatan tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan jiwa dan kehilangan barang-barang berharga sepanjang mendaki Gunung Perlis.
Semua pengunjung yang ingin mendaki Gunung Perlis perlu mendapatkan khidmat juru pandu bertauliah dan kebenaran daripada jabatan ini terlebih dahulu.
Pengunjung tidak dibenarkan meninggalkan sebarang botol minuman air, bekas makanan dan sampah di atas Gunung Perlis dan sepanjang laluan.
Pengunjung tidak dibenarkan merosakan, memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan mengambil tumbuhan ubatan dalam kawasan Taman Negeri Perlis tanpa kebenaran.
Masa operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.


Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km 2 Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 04 - 9765 966
Faks : 04 - 9767 901






Nat Wang Kelian

Wang Kelian merupakan pintu sempadan yang paling utara di Malaysia. Terletak ± 40km dari Kangar dan 12 km dari pekan Kaki Bukit( popular dgn Gua Kelam). Ianya adalah sebuah pekan kecil yang terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand. Apa yang menjadi tarikan di Wang Kelian ialah ‘NAT’(pekan sehari). Setiap hujung minggu(sabtu & ahad), ramailah pengunjung ke sini(kemuncak pada hari Ahad). Ia menjadi salah satu pilihan selain Padang Besar untuk membeli belah barangan( siam?).
Pengunjung (Malaysia & Thailand) bebas keluar masuk di pintu sempadan untuk mengunjungi Pasar Sehari Wang Kelian dalam kawasan Malaysia dan Wang Prachan di Thailand untuk membeli-belah. Walaubagaimanapun pengunjung hanya dibenarkan bergerak bebas dalam kawasan berkenaan dalam jarak kira-kira dua kilometer dari pintu sempadan.








Hutan Lipur Tasik Meranti


Hutan Lipur Tasik Meranti terletak di daerah Kangar, Perlis. Kemudahan yang terdapat di sini adalah tapak perkhemahan, pondok rehat, denai hutan, dan trek pejalan kaki.
Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Lokasi:
6 km dari pekan Wang Kelian melalui Jalan Wang Kelian dan 42 km dari Bandar Kangar. Hutan Lipur Tasik Meranti terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu yang merupakan jenis hutan separuh-luruh.



Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
Km 2 Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 04 - 9765 966
Faks : 04 - 9767 901


Tiada ulasan: